11 September 2012
HARAM - VUVUZELA DI MALAYSIA
Fenomena tiupan alat yang seakan trompet yang menjadi tradisi di Afrika Selatan mula diperkenalkan pada dunia ketika berlangsungnya kejohanan piala dunia 2010 yang lalu.. Bunyi tiupan alat yang dikenali sebagai vuvuzela tersebut sangat bingit sehingga boleh memekakkan telinga. Lantas turut menenggelamkan sorakan padu penyokong bolasepak..so spirit permainan telah berkurangan.
Berikut adalah pekekeling dari FAM berhubung pengharaman vuvuzela disemua stadium di Malaysia.
PEKELILING LIGA MALAYSIA MENGIKUT PERKARA 1.20 DAN PERKARA 4.9.1(vi) BIL 89/2012.
Adalah dengan segala hormatnya mengenai perkara di atas dan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Ke-14 pada 11 September 2012 adalah dirujuk. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengharamkan vuvuzela dan alat-alat bunyian yang seumpama dengannya dari dibawa masuk ke dalam stadium semasa perlawanan bolasepak Liga Malaysia berlangsung.
Keputusan ini dibuat kerana bunyian dari vuvuzela dan alat-alat bunyian yang seumpama dengannya adalah mengganggu dan boleh menjejaskan konsentrasi dan tumpuan Pegawai Pertandingan dan Pengadil serta mengambil kira kesan kesihatan terhadap pendengaran.
Sehubungan itu, semua PB Negeri dan Kelab hendaklah mematuhi keputusan ini berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan yang selari dengan Perkara 4.9.1(ii) dengan sebaik-baiknya dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mengelakkan vuvuzela dan alat-alat bunyian seumpama dengannya dari dibawa masuk ke dalam stadium.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment