11 September 2012
HARAM - VUVUZELA DI MALAYSIA
Fenomena tiupan alat yang seakan trompet yang menjadi tradisi di Afrika Selatan mula diperkenalkan pada dunia ketika berlangsungnya kejohanan piala dunia 2010 yang lalu.. Bunyi tiupan alat yang dikenali sebagai vuvuzela tersebut sangat bingit sehingga boleh memekakkan telinga. Lantas turut menenggelamkan sorakan padu penyokong bolasepak..so spirit permainan telah berkurangan.
Berikut adalah pekekeling dari FAM berhubung pengharaman vuvuzela disemua stadium di Malaysia.
PEKELILING LIGA MALAYSIA MENGIKUT PERKARA 1.20 DAN PERKARA 4.9.1(vi) BIL 89/2012.
Adalah dengan segala hormatnya mengenai perkara di atas dan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Ke-14 pada 11 September 2012 adalah dirujuk. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengharamkan vuvuzela dan alat-alat bunyian yang seumpama dengannya dari dibawa masuk ke dalam stadium semasa perlawanan bolasepak Liga Malaysia berlangsung.
Keputusan ini dibuat kerana bunyian dari vuvuzela dan alat-alat bunyian yang seumpama dengannya adalah mengganggu dan boleh menjejaskan konsentrasi dan tumpuan Pegawai Pertandingan dan Pengadil serta mengambil kira kesan kesihatan terhadap pendengaran.
Sehubungan itu, semua PB Negeri dan Kelab hendaklah mematuhi keputusan ini berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan yang selari dengan Perkara 4.9.1(ii) dengan sebaik-baiknya dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mengelakkan vuvuzela dan alat-alat bunyian seumpama dengannya dari dibawa masuk ke dalam stadium.
02 September 2012
Paul Scholes PTM FC - AdiB mengakhiri zaman bujang
Thn 2012 merupakan tahun yang rancak dengan perkahwinan pemain-pemain PTM FC. Seorang lagi pemain penyerang PTM FC yg dikenali sebagai Paul Scholes iaitu Mohd Adib Bin Yahya telah selamat diijab kabulkan dengan isteri tercinta bernama Doktor Amrah Bte Ismail.
Berikut beberapa gambar yang sempat disnap ketika majlis berlangsung di Ayer Tawar, Perak baru-baru ini.



Tahniah Diucapkan...moga dapat baby-baby comel sebagai pelapis pemain bolasepak negara kelak..yeah !!
22 August 2012
SALAM AIDILFITRI 2012

Anak Mak Limah makan lepat, Makan lepat sambil cicah sos, Nak hantar SMS confirm dah byk keluar kos, Pakai bLOG pun kira ok what?
...akhir kata..salam lebaran 2012 diucapkan kepada sume rakan2 PTM FC dan penyokong-penyokong setia kami..maaf zahir batin...yeahh !!08 April 2012
5 - S . A . T . U
03 April 2012
HARI PENENTUAN - PTM FC vs PRAGMATIS FC
-Jersi telah dibasuh..
-Kasut but telah kilat kan..
-Bola telah dipam..
-Tongkat Ali dan Kopi Radix telah dibancuh..
-Telur ayam kampung separuh masak sebanyak 2 biji telah ditelan..
-Sebotol air 100 plus telah tersedia utk dikongsi beramai-ramai..
-Minyak gamat telah dimasukkan kedalam first aid kit..
-Doa akan dipanjatkan didalam solat pada waktu zohor dan asar ini..
-Wisel akan ditiupkan tepat pukul 5:45 petang..
Maka Bermula lah pertarungan hebat awal tahun ini...PTM FC menentang PRAGMATIS FC !!!
Venue : Stadium Usim (Kompleks Sukan Tuanku Najihah)
Masa : 5:30 petang
Berikut adalah situasi menjelang perlawanan petang ini :
-Kasut but telah kilat kan..
-Bola telah dipam..
-Tongkat Ali dan Kopi Radix telah dibancuh..
-Telur ayam kampung separuh masak sebanyak 2 biji telah ditelan..
-Sebotol air 100 plus telah tersedia utk dikongsi beramai-ramai..
-Minyak gamat telah dimasukkan kedalam first aid kit..
-Doa akan dipanjatkan didalam solat pada waktu zohor dan asar ini..
-Wisel akan ditiupkan tepat pukul 5:45 petang..
Maka Bermula lah pertarungan hebat awal tahun ini...PTM FC menentang PRAGMATIS FC !!!
Venue : Stadium Usim (Kompleks Sukan Tuanku Najihah)
Masa : 5:30 petang
Berikut adalah situasi menjelang perlawanan petang ini :

23 March 2012
Persaraan Pemain Defence - ADiB AtoT

Telah berlangsung majlis perpisahan utk seorang lagi pemain PTM FC.. Encik Adib Bin Abdul Rahman telah pun mengakhiri karier beliau bersama PTM FC apabila kudrat beliau telah ditagih oleh HUKM.
Beliau akan memulakan tugas baru nya di Bandaraya Kuala Lumpur bermula pada 1 April 2012.
PTM FC akan merasai pemergian beliau..kerana beliau adalah seorang pemain pertahanan yang kental tanpa mengenal erti penat lelah.
Selamat berjaya di tempat kerja baru diucapkan kepada beliau..Tahniah Adib..!!..Ingatlah kami di sini...kalau ada perlawanan persahabatan...roger2 lah... :)
25 February 2012
Rombongan PTM FC ke Kenduri Kawen Fakrul~Isma


Akhirnya Fakrul telah pun selamat menjadi suami kepada isteri tersayang..Nurul Isma..
Dengan hanya 2 kali lafaz..segalanya tersusun dan teratur mengikut jadual perjalanan majlis menuju ke bahtera dan mahligai perkahwinan..Alhamdulillah.. :)
Majlis telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. Kedua mempelai mengenakan busana pengantin melayu bertemakan krim dan hijau. Keenakan juadah tidak perlu diperkatakan lagi. Untuk info, teman rapat beliau, Encik Nasir, juga seorang pemain PTM FC telah menjadi pengapit pengantin pada hari bersejarah tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di snap pada majlis kenduri tersebut.


Selamat Pengantin Baru Fakrul & Isma...Semoga Berbahagia Selamanya....Dan DiRahmati Allah Sentiasa..aminn.... :)
16 February 2012
09 February 2012
Jemputan Majlis Perkahwinan ~ YUSRIZAL & NOOREHAN ~

Pemain Import Pasukan PTM FC, saudara Yusrizal akan menamatkan zaman bujang beliau pada usia 31 tahun. Sehubungan itu dijemput pemain dan peminat setia pasukan PTM FC utk hadir ke majlis perkahwinan beliau seperti butiran berikut :
Butiran Majlis
Tarikh : Sabtu, 25 Februari 2012
Alamat : 10, Jalan TKC 2/3, Taman Kota Cheras, Batu 9, Jalan Cheras, 43200. Kajang. Selangor.
02 February 2012
Majlis Persaraan Jersi Nombor 10 - Syazwan

PTM FC telah kehilangan seorang pemain asal dan antara pengasas terawal utk pasukan bolasepak PTM ini semenjak tahun 2005. Beliau juga turut memegang portfolio selaku Setiausaha Kelab PTM FC. Mohd Syazwan yang bermain di posisi midfield akhirnya terpaksa akur dengan kehendak fizikal yang tidak seperti usia muda dahulu dan situasi tempat kerja dimana beliau telah ditukarkan ke USIM Kampus Kuala Lumpur berkuatkuasa 2 Februari 2012. Namun jika berkelapangan beliau akan turun ke padang bersama-sama rakan-rakan PTM FC.
Selamat Maju Jaya Diucapkan Kepada Beliau...keep on rockin..!
12 January 2012
Jemputan Majlis Perkahwinan ~ FAKRUL & ISMA ~

Encik Fakrul menjemput kesemua pemain-pemain PTM FC agar sudi menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan beliau..Beliau akan diijab kabul kan bersama permaisuri hati nya yang bernama Nurul Isma.
Butiran Majlis
Kenduri Pengantin Perempuan
Tarikh : Sabtu, 25 Februari 2012
Alamat : Dewan MPN, Bandar Baru Nilai. Nilai. Negeri Sembilan.
Kenduri Pengantin Lelaki
Tarikh : Sabtu, 17 Mac 2012
Alamat : No. 72, Batu 3/4. Simpang Tiga. Sungai Limau. Alor Setar. Kedah.
Subscribe to:
Posts (Atom)