17 July 2010

Kronologi Perlawanan Menentang Unit Keselamatan USIM

Tepat jam 3.30 petang..hujan turun dengan lebat nya..disusuli dengan kilat sabung menyabung..sehinggalah jam 5.00 petang…hujan berhenti sedikit demi sedikit..
Tepat jam 5.50 petang..perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan bermain begitu berhati-hati..Walaupun pergerakan bola kadang kala agak terbatas kerana padang yang sedikit berair..nanum semangat kesukanan mengatasi segalanya..



Unit Keselamatan (UK) membuat percubaan awal, namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol kedua PTM FC, sementara masih menantikan ketibaan penjaga gol utama yang tiba agak lewat pada ptg itu. Lantas PTM FC melakukan counter attack namun telah dipatahkan oleh barisan pertahanan UK yang nyata begitu kental berdasarkan susuk tubuh yang agak besar berbanding pemain PTM FC. Banyak percubaan oleh UK yang tersasar dari pintu gol PTM FC.

Minit ke- 15, gol sulung perlawanan telah berjaya dihasilkan hasil satu gerakan counter attack oleh UK. Kedudukan 1-0..minit ke 20 satu lagi gol dihasilkan.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga rehat separuh masa.



Separuh masa kedua PTM FC telah membuat sedikit pertukaran posisi dan pemain gantian telah dimasukkan. Khidmat penjaga gol utama PTM FC turut berjaya didapatkan kembali. Permainan bermula dengan begitu sengit sekali. UK telah mengancam kubu PTM FC dengan kerap dan membuatkan barisan pertahanan PTM FC terpaksa bertahan dengan kental.

PTM FC terus meningkatkan usaha menyerang dan hasil nya 4 gol telah berjaya dihasilkan.

Namun setiap kemenangan pasti ada pengorbanan, seorang pemain PTM FC telah mengalami kecederaan akibat hantukan di kepala. Begitupun PTM FC berterima kasih kepada UK kerana telah memberikan tentangan yang sengit didalam perlawanan tersebut.



Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong sorakan pasukan PTM FC, tanpa anda siapalah kami.. :)

KEPUTUSAN PENUH : UK 2 – 4 PTM FC

No comments:

Post a Comment