Perlawanan menentang ILP Pedas telah berlangsung dengan begitu sengit..dan kesudahan dari perlawanan tersebut adalah dengan jaringan seri 2 sama..
Namun semangat juang dan kesukanan yang amat tingi telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan..
Tahniah diucapkan.
21 October 2010
14 October 2010
its confirmed !! - PTM FC vs ILP PEDAS - 20 October 2010
Satu panggilan telefon pada pagi tadi telah memecah kesunyian setelah hampir dua bulan PTM FC menunggu kata putus dari pihak ILP PEDAS berhubung dengan jemputan utk mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan.

Berikut adalah butiran yang telah dipersetujui bersama :
TARIKH : 20 OKTOBER 2010 ( RABU )
MASA : 5:15 PETANG
VENUE : PADANG BOLASEPAK 2 USIM
Bersamalah kita mempersiapkan diri utk menghadapi perlawanan ini. Dan para penyokong PTM FC sangat2 dijemput memeriahkan suasana utk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada team PTM FC kita ini... Waka Waka !!

07 September 2010
Salam Aidilfitri 1431 H

Dikesempatan ini, PTM FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin diatas segala salah silap kami selama ini..
Semoga rakan2 sekalian berbahagia bersama insan tersayang dan sentiasa diRahmati Allah sepanjang musim perayaan ini..
Hayatilah pengertian syawal dgn mendalam agar ibadah puasa kita selama sebulan yang telah mentarbiyahkan kita membuahkan hasil..Insyallah..
Kepada rakan2 yang memandu...Berhati-hati drive..Bagi yang naik bas dan keretapi..jgn lupa bertolak awal ke stesen...takut kene tinggal nanti..hehe
Kepada pemain2 pasukan PTM FC..pada hari raya ni..makan control2 skit...nnti x fit.. lepas raye ni byk perlawanan menanti kita.. :)
02 September 2010
Majlis Berbuka Puasa PTM FC
15 August 2010
PTM FC Mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah DiBulan Ramadhan Ini
14 August 2010
JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA

Tawaran istimewa untuk Staf PTM , bekas-bekas staf PTM dan rakan2 sekalian..
Bulan Ramadan datang lagi.. setelah penat seharian menjalani ibadah puasa... petang adalah waktu yang dinantikan untuk berbuka puasa..
Sehubungan itu..PTM FC dan Kelab Keluarga PTM akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa.
Berikut adalah maklumat tentang majlis berbuka puasa ini :
TARIKH : 1 SEPTEMBER 2010 ( RABU )
MASA : JAM 6 PETANG - Makanan dihabiskan
LOKASI : Village View ( Reko ) Bangi
Menu : Ala- Carte
Untuk mengesahkan kehadiran anda, sila berikan maklumat anda kepada AJK PTM FC - Encik Asmadi.
Sekian Terima Kasih
17 July 2010
Kronologi Perlawanan Menentang Unit Keselamatan USIM
Tepat jam 3.30 petang..hujan turun dengan lebat nya..disusuli dengan kilat sabung menyabung..sehinggalah jam 5.00 petang…hujan berhenti sedikit demi sedikit..
Tepat jam 5.50 petang..perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan bermain begitu berhati-hati..Walaupun pergerakan bola kadang kala agak terbatas kerana padang yang sedikit berair..nanum semangat kesukanan mengatasi segalanya..

Unit Keselamatan (UK) membuat percubaan awal, namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol kedua PTM FC, sementara masih menantikan ketibaan penjaga gol utama yang tiba agak lewat pada ptg itu. Lantas PTM FC melakukan counter attack namun telah dipatahkan oleh barisan pertahanan UK yang nyata begitu kental berdasarkan susuk tubuh yang agak besar berbanding pemain PTM FC. Banyak percubaan oleh UK yang tersasar dari pintu gol PTM FC.
Minit ke- 15, gol sulung perlawanan telah berjaya dihasilkan hasil satu gerakan counter attack oleh UK. Kedudukan 1-0..minit ke 20 satu lagi gol dihasilkan.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Separuh masa kedua PTM FC telah membuat sedikit pertukaran posisi dan pemain gantian telah dimasukkan. Khidmat penjaga gol utama PTM FC turut berjaya didapatkan kembali. Permainan bermula dengan begitu sengit sekali. UK telah mengancam kubu PTM FC dengan kerap dan membuatkan barisan pertahanan PTM FC terpaksa bertahan dengan kental.
PTM FC terus meningkatkan usaha menyerang dan hasil nya 4 gol telah berjaya dihasilkan.
Namun setiap kemenangan pasti ada pengorbanan, seorang pemain PTM FC telah mengalami kecederaan akibat hantukan di kepala. Begitupun PTM FC berterima kasih kepada UK kerana telah memberikan tentangan yang sengit didalam perlawanan tersebut.

Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong sorakan pasukan PTM FC, tanpa anda siapalah kami.. :)
KEPUTUSAN PENUH : UK 2 – 4 PTM FC

05 July 2010
COUNTDOWN
20 June 2010
PASUKAN PILIHAN ANDA
19 June 2010
18 June 2010
PEMAIN ASAL PTM FC

16 June 2010
JERSI RASMI PTM FC
14 June 2010
Friendly Matches ( Januari - Julai 2010 )
PTM FC sering mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan semenjak penubuhan pasukan ini .. berikut dinyatakan beberapa siri perlawanan yang telah diadakan :

PERLAWANAN MENENTANG : FKP FC
TARIKH : 26 JANUARI 2010
PERLAWANAN MENENTANG : FST FC (students)
TARIKH : 9 FEBRUARI 2010
PERLAWANAN MENENTANG : UNIT KESELAMATAN USIM
TARIKH : 7 JULAI 2010

13 June 2010
LOGO RASMI PTM FC
12 June 2010
Latarbelakang PTM FC
Nama Rasmi : PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT FOOTBALL CLUB ( PTM FC )
Tarikh Rasmi Penubuhan : 4 Januari 2010
Naungan : PTM FC adalah mewakili Pusat Teknologi Maklumat yang bernaung di bawah Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM )
Pengurus Pasukan : Encik Nurli Suffian Bin Zulkifli
Dana / Sumber Kewangan : Sendirian Berhad + Kelab Keluarga Staf PTM ( Cekmite FC )
Pemain : Seramai 20 org pemain yang terpilih untuk mewakili pasukan PTM FC ini.
Objektif dan Sasaran PTM FC : Berusaha menaikkan imej Pusat Teknologi Maklumat USIM agar tidak hanya mencipta kejayaan didalam bidang ict, malah turut berjaya di bidang sukan disamping dapat menyihatkan tubuh badan dan merapatkan silaturrahim antara staf-staf PTM amnya dan masyarakat luar khasnya. Ole~ Ole~ Waka~ Waka~ PTM FC !!

Subscribe to:
Posts (Atom)