24 December 2011

Bola Rasmi EURO 2012 - TANGO 12



ADIDAS Malaysia Sdn. Bhd. telah memperkenalkan bola rasmi Euro 2012 yang bakal diadakan di Poland dan Ukraine pada 8 Jun sehingga 10 Julai 2012.

Bola yang dikenali sebagai Tango 12 tersebut telah dibangunkan selepas melalui pelbagai ujian dan kajian selama hampir dua tahun.
Teknologi yang digunakan dalam pembangunan bola itu turut memberikan kawalan lebih baik kepada pemain-pemain apabila menyepak bola.

Tango 12 merupakan bola rasmi ke-11 yang dibangunkan untuk kejohanan ulung bola sepak Eropah.
Jenama Tango telah membuat penampilan pertama pada kejohanan Piala Dunia 1978 di Argentina. Sejak itu, pelbagai perubahan dan kajian telah dilakukan untuk memperbaiki kualiti bola untuk memudahkan pemain-pemain.

Warna bola Tango 12 menggunakan gabungan bendera Poland dan Ukraine akan menggantikan Jabulani yang digunakan pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sehingga mencetuskan pelbagai kritikan.

* Harga rasmi bola tersebut ( original ) : RM399 /-