27 July 2011

Musim Bolasepak 2010/2011 PTM FC telah diakhiri dengan jaringan gol yang besar

Musim bolasepak PTM FC telah melabuhkan tirainya utk musim 2010/2011 ini..Pemain telah menunjukkan kesungguhan berlatih walaupun faktor usia yg semakin membelenggu tahap kecergasan para pemain. Namun atas dasar riadah dan kesihatan badan, pemain PTM FC masih gagah utk turun ke padang pada setiap minggu.

Sebagai mengakhiri musim ini, PTM FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bolasepak dari fakulti Quran dan Sunnah.

Perlawanan telah berlangsung dengan agak sengit. Sehingga 12 jaringan gol telah terhasil dan kemenangan berpihak kepada pasukan PTM FC dengan keputusan 7-5..

Tahniah diucapkan...

Nantikan kemunculan jersi baru pasukan PTM FC pada musim hadapan...2012/2013..tungguuu..

Majulah PTMFC utk PTM..Sekian..

25 July 2011

Konvoi PTM FC ke Stadium Bukit Jalil



Pasukan Malaysia telah menunjukkan peningkatan mendadak didalam pentas bolasepak antarabangsa. Marilah beramai-ramai ke stadium bukit jalil pada hari khamis ini utk menyokong pasukan negara kita pada perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Andai kata tidak berkesempatan ke stadium..cukuplah walau hanya sekadar menonton siaran langsung yg ditayangkan dikaca televisyen.

Perlawanan dijangka begitu sengit memandangkan Malaysia telah ketinggalan 5-3 semasa perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada hari sabtu yg lepas. Berbekalkan 3 jaringan di tempat lawan yg begitu berharga.. Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang utk mendapatkan hanya 2 jaringan tanpa balas di Bukit Jalil nanti, sekaligus dapat mara ke peringkat seterusnya.

Difahamkan PTM FC turut berkonvoi ke stadium bkt jalil nanti..ape lagi...go..go.. Malaysia.. pastikan anda telah memiliki jersey Malaysia...samada kuning ataupun biru...yeahh..!!