24 December 2011

Bola Rasmi EURO 2012 - TANGO 12



ADIDAS Malaysia Sdn. Bhd. telah memperkenalkan bola rasmi Euro 2012 yang bakal diadakan di Poland dan Ukraine pada 8 Jun sehingga 10 Julai 2012.

Bola yang dikenali sebagai Tango 12 tersebut telah dibangunkan selepas melalui pelbagai ujian dan kajian selama hampir dua tahun.
Teknologi yang digunakan dalam pembangunan bola itu turut memberikan kawalan lebih baik kepada pemain-pemain apabila menyepak bola.

Tango 12 merupakan bola rasmi ke-11 yang dibangunkan untuk kejohanan ulung bola sepak Eropah.
Jenama Tango telah membuat penampilan pertama pada kejohanan Piala Dunia 1978 di Argentina. Sejak itu, pelbagai perubahan dan kajian telah dilakukan untuk memperbaiki kualiti bola untuk memudahkan pemain-pemain.

Warna bola Tango 12 menggunakan gabungan bendera Poland dan Ukraine akan menggantikan Jabulani yang digunakan pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sehingga mencetuskan pelbagai kritikan.

* Harga rasmi bola tersebut ( original ) : RM399 /-

19 October 2011

Kebanggan Tanahair - Encik Safee Sali



Penyerang prolifik negara ,Safee Sali telah membanggakan rakyat Malaysia apabila menjadi pemain bolasepak pertama negara yang memperolehi gaji mencecah 5 angka.

Berikut adalah sedikit info tentang beliau :

Nama Penuh : Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh Lahir : January 28, 1984 (age 28)
Tempat Lahir : Kajang, Selangor, Malaysia
Tinggi : 1.72 m (5 ft 7 1⁄2 in)
Posisi : Striker

Pasukan yang pernah diwakili :

1)Kuala Lumpur (2003-2005) - 24 gol
2)Melaka (2003-2004 on loan) - 1 gol
3)Sarawak (2005-2006) - 19 gol
4)Selangor (2006-2011) - 66 gol
5)Pelita Jaya (2011 - ) - 22 gol

Semoga brother Safee akan terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa..yeahh!!

15 September 2011

Jamuan Raya PTM FC



Alhamdulillah..jamuan raya PTM FC yg julung kali diadakan telah berjalan dgn lancar pada hari selasa, 13 september 2011 yg lepas..jamuan dihidangkan sebelum sesi latihan dan selepas latihan.

Menu-menu seperti kuih raya, air isotonik dan jus oren telah dihidangkan. walaupun ia diadakan secara kecil-kecilan namun semangat syawal begitu dirasai dikalangan pemain ptm fc pada keheningan petang tersebut. semoga jamuan raya pada tahun hadapan akan lebih meriah lagi.. :)

30 August 2011

~ SALAM AIDILFITRI 1432 ~


Salam lebaran diucapkan kepada para pemain PTM FC..semoga berbahagia bersama insan tersayang..hati-hati memandu di musim perayaan ini..makan ketupat lemang dan rendang janganlah lupa utk kita bakoorr balik lemak-lemak tu...yeahh...

27 July 2011

Musim Bolasepak 2010/2011 PTM FC telah diakhiri dengan jaringan gol yang besar

Musim bolasepak PTM FC telah melabuhkan tirainya utk musim 2010/2011 ini..Pemain telah menunjukkan kesungguhan berlatih walaupun faktor usia yg semakin membelenggu tahap kecergasan para pemain. Namun atas dasar riadah dan kesihatan badan, pemain PTM FC masih gagah utk turun ke padang pada setiap minggu.

Sebagai mengakhiri musim ini, PTM FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bolasepak dari fakulti Quran dan Sunnah.

Perlawanan telah berlangsung dengan agak sengit. Sehingga 12 jaringan gol telah terhasil dan kemenangan berpihak kepada pasukan PTM FC dengan keputusan 7-5..

Tahniah diucapkan...

Nantikan kemunculan jersi baru pasukan PTM FC pada musim hadapan...2012/2013..tungguuu..

Majulah PTMFC utk PTM..Sekian..

25 July 2011

Konvoi PTM FC ke Stadium Bukit Jalil



Pasukan Malaysia telah menunjukkan peningkatan mendadak didalam pentas bolasepak antarabangsa. Marilah beramai-ramai ke stadium bukit jalil pada hari khamis ini utk menyokong pasukan negara kita pada perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Andai kata tidak berkesempatan ke stadium..cukuplah walau hanya sekadar menonton siaran langsung yg ditayangkan dikaca televisyen.

Perlawanan dijangka begitu sengit memandangkan Malaysia telah ketinggalan 5-3 semasa perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada hari sabtu yg lepas. Berbekalkan 3 jaringan di tempat lawan yg begitu berharga.. Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang utk mendapatkan hanya 2 jaringan tanpa balas di Bukit Jalil nanti, sekaligus dapat mara ke peringkat seterusnya.

Difahamkan PTM FC turut berkonvoi ke stadium bkt jalil nanti..ape lagi...go..go.. Malaysia.. pastikan anda telah memiliki jersey Malaysia...samada kuning ataupun biru...yeahh..!!

16 June 2011

Pro Evolution Soccer - PTM FC

Baru-baru ini..seorang pemain PTM FC telah bertungkus lumus menyiapkan team PTM FC utk dimuatkan didalam games KONAMI, PES 2011..

Setiap pemain sebenar PTM FC telah dihasilkan didalam bentuk grafik didalam game tersebut. Utk mendapatkan versi terkini game tersebut bolehlah hubungi Encik Radzif (aka Games Programmer).

Berikut beberapa snapshot game tersebut :


- Fazli -


- Nasir & Khairul Nizaar -

01 June 2011

Perpindahan Kasyful Najwan



Baru-baru ini PTM FC telah kehilangan seorang pemain di posisi pertahanan. Pemergian beliau adalah disebabkan faktor pekerjaan dimana beliau telah pulang utk berbakti di kampung halaman..

Sesungguhnya ketiadaan beliau amat dirasai terutama di posisi pertahanan pasukan PTM FC.

Farewell utk Encik Kasyful Najwan

All da best Bro.. Steadyyy !!!

13 May 2011

Mohd Syazwan telah mengakhiri zaman bujang beliau



Seorang lagi pemain PTM FC yg bermain di posisi midfield telah ke jinjang pelamin. Dengan sekali lafaz beliau telah menjadi suami pada usia 29 tahun.
Semoga rumah tangga yg dibina sentiasa diredhai Allah SWT..amin...

01 May 2011

Mesyuarat Agung PTM FC ( Musim 2010-2012 )



Bertempat di bilik seminar PTM telah berlangsung mesyuarat agung PTM FC yang julung kalinya diadakan.

Walaupun kehadiran peserta agak terhad kerana kekakangan masa kerja, namun mesyuarat telah berjalan mengikut jadual dan teratur.



Berikut adalah keputusan hasil mesyuarat dan jawatankuasa yang telah dipilih untuk musim 2010-2012.

Penaung : Encik Idris Bin Takyan

Pengerusi : Encik Zahar Bin Sulaiman

Setiausaha : Encik Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman
Bendahari : Encik Fakrul Radzi Bin Md Akhir

AJK Logistik : Encik Norazlan Bin Ramly
AJK Promosi : Encik Asmadi Bin Jumain
AJK Teknikal : Encik Firdaus Bin Mohd Ramli
AJK Pasukan Sorak & Motivasi : Cik Yussavialina Bte Hamdan






Tahniah diucapkan kepada ahli lembaga PTM FC..semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin..demi memastikan PTM FC maju kehadapan seiring dengan kemajuan bolasepak Malaysia.

06 March 2011

Jemputan Majlis Perkahwinan ~ Imran & NorHaida ~




Seorang demi seorang pemain PTM FC mengakhiri zaman bujang mereka..dan yang terbaru..
Encik al Imran menjemput kesemua pemain-pemain PTM FC agar sudi menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan beliau..

Butiran Majlis

Tarikh : Sabtu, 19 Mac 2011
Alamat : No. 40, Jalan Impian Putra 4/4, Taman Impian Putra, 43000 Bangi, Selangor DE


20 January 2011

MUSIM BARU 2011/2012

Hari yang dinanti hampir tiba.. 25 Januari 2011 adalah tarikh permulaan musim baru bolasepak PTM FC..setelah hampir 3 bulan pemain-pemain berehat panjang..kini PTM FC akan kembali beraksi.

Pada musim baru ini, Encik Zahar telah berbesar hati untuk menyumbangkan sebiji bola Jenama NIKE kepada pasukan PTM FC. Bola tersebut adalah seperti yang digunakan didalam Liga Sepanyol pada musim ini.



01 January 2011

Perkahwinan Pemain-Pemain PTM FC

Mungkin saat dan ketika nya telah tiba..beberapa org pemain PTM FC telah pun menamatkan zaman bujang mereka pada bulan November dan Disember baru2 ini..
Seramai 3 org telah menukar status mereka kepada "married" iaitu KhairulNizam , Asmadi dan Ismail.
Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan dunia dan akhirat..Moga berbahagia selamanya...amin... :)